Thursday, December 10, 2009

Buku-buku beli.

Assalamualaikum w.b.t

Lu orang boleh baca sendiri tajuk nya.Gua malas na terang kan pasal tajuk.Dan penulis buku ini ialah Sufian Abas.Kalau lu orang ta kenal siapa Sufian Abas,memang rugi lah.Dalam buku ni,lu orang akan terbang dengan setiap cerita pendek nya.Gua tak tipu.Gua respek cerita Mariam,Anak Pak Samad,Cantik berkemban.Lu orang kena baca sendiri.Seingat gua,RM10.

Penulis nya ialah Shaira Amira.Ada puisi-puisi pop yang bersahaja di dalam nya.Gua malas na terang kan sebab lu memang kena baca sendiri.Puisi yang gua respek,Terpanggil untuk pergi.Gua rasa juga,RM10.


DUA LAUK ialah buku yang di tulis oleh dua orang perempuan iaitu Taf Teh dan D'Ianadi.Gua beli buku ni sebab Taf Teh antara penulis nya.Memang gempak dia tapayah cakap lah braderrr.Lu usha tengokkkk.RM20.


Penulis dalam buku ni banyak sangat.Gua malas na sebut.Dalam buku ni ada cerpen,ada sajak.Lu malas baca sajak,lu baca cerpen.Lu muak baca cerpen,lu baca sajak.Amacam.?RM15.Tapi gua beli,RM10.:D



Bahasa dalam buku ni memang santai.Lu baca sekali,memang lu akan terus faham sambil tersenyum.Tapi gua geram,buku ni dah hilang.Siot.
Semua buku di atas,lu orang boleh cari brader SufianAbas.Gua beli semua buku ni kat dia.Ahaha.


Imaginasi Imej-Amir Nasuha.

Zine ini adalah zine sulung Amir Nasuha.Di dalam nya ada isi-isi yang santai dan akan cepat difahami oleh kalian.Gua dah baca free-free ini zine.Boleh tahan gempak.Ada ilustrasi yang gempak-comel lagi.Memang sayang kalau lu tak angkut satu.Senaskah,RM5 sahaja.Lu boleh order di sini atau terus ke http://amircerita.blogspot.com/

Gua bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk Imaginasi Imej.AHAHAH.

Saturday, November 14, 2009

LSD-Ulii Azman.

Assalamualaikum w.b.t

Ini hari aku sudah dapat satu zine free dari Ulii.Tak free pun sebenar nya.Tukar-tukar zine aja.Dia rembat TulisanTangan dan PendekPendek aku,aku rembat LSD dia.Ya.LSD.

Dari apa yang di baca,LSD ialah sejenis dadah.

Ulii mengajak kita untuk bayang kan.Ulii ialah pengedar.LSD adalah dadah.Dan kalian ialah penagih,Maka,kalian menagih LSD,yang dibikin Ulii.

Series wa cakap luuuu.LSD memang independent gila.Ulii menggunakan tulisan tangan nya sendiri untuk menghasil kan ini zine.Wa bukan na cakap apa lah.Muka surat pertama itu zine,ada nama gua.Lu apahal mau dengki.?:D

Ayat-ayat di dalam LSD memang menunjuk kan erti sebenar.Kalian akan mula mengerut bila melihat kan cover dan cara penyelenggaraan nya.Tapi akan tersengih bila mula membaca yang seterus nya.Memang cool.Tak tipu.Tipu,potong jari.

Aku juga ada ambil dua naskah dari Ulii tadi.Nak tolong jual kan pada kawan-kawan.Dan pada sesiapa yang mahu,boleh lah ber-by hand sama saya.Dia jual RM5.Aku jual RM5 juga.AHAHAHA.

Tak pun kalau na bertemu empat mata dengan Ulii sendiri,boleh lah click sini.

Thursday, November 12, 2009

Gudang Garam.

Assalamualaikum w.b.t

Itu hari aku ada beli satu zine,Gudang Garam di Frinjan.Di dalam nya ada beberapa penulis seperti Ulii Azman,zhfr,dan wmy yang menulis beberapa cerita pendek dan sajak.ada juga gambar-gambar yang diselit kan.Bagi aku,buku tu memang ok.Memang undergound.Lu tacaya,lu beli sendiri.RM5 aja.

Aku tatahu camana mahu bagi korang beli zine yang ini.Tapi try tanya Ulii.Mungkin boleh.Click sini.