Thursday, March 11, 2010

Dua Wajah,Tahanan Tanpa Bicara-Syed Husin Ali.


Kisah benar tentang SYED HUSIN ALI,seorang timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat yang ditahan hampir 6 tahun di bawah ISA.

Tapayah lah gua terangkan ISA tu apa.Semua orang tahu yang ISA ni jahat.

Syed Husin Ali ditahan kerana terbabit dalam demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petan di Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang,tahun 1974.

Gua 10 kali respek sama doktor ini,sebab beliau menegakkan keadilan setegak-tegaknya.Tak takut didera,dan tak takut dihina.Pergh.

Dalam buku ini juga,diceritakan perjalanan tahanan beliau,dari mula kena tangkap,sampai dibebaskan.Beliau juga berjumpa dengan Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan.

Lepas gua baca buku ni,baru gua tahu ISA tu macamana.Jahat.

Cerita pendek tentang cerita cinta pendek-Djenar Maesa Ayu.

Buku ni gua rembat dengan harga RM20 semasa di ART FOR GRAB tempoh hari.Itu pun,lepas dapat kurang dari Abang Adi.

Buku ni mengandungi 12 cerita pendek,tulisan Djenar Maesa Ayu,penulis dari Indonesia.Tulisan-tulisan beliau,kadangkala mudah difahami,dan sesetengah sukar difahami.Sebab gua memang jarang baca buku Indonesia.Jadi,agak susah sikit na faham jalan cerita.

Memandangkan budak kelas gua,ada yang datang dari Jawa,gua menggunakan peluang itu untuk mentafsir maksud di dalam buku ni.Dan gua faham.

Cerita yang paling berkesan bagi gua,dalam buku ini,ialah cerpen yang bertajuk DISLOKASI CINTA.Gua teruja seteruja-ruja nya.Gempak tak tipu.

Nak tahu banyak,beli cepat.