Thursday, August 5, 2010

Tulang-tulang berserakan - Usman Awang.


Sebuah novel dari Usman Awang, yang baru sahaja aku tamatkan. Seorang polis yang betapa acap kali melihat dan menonton, seorang demi seorang rakan-rakannya, mati di tangan komunis. Dia, yang sering sahaja teringat akan kata-kata seorang lelaki di sebuah majlis rapat umum, dan ucapan berapi dari seorang wanita, berada dalam dilema tentang kehidupannya sendiri.

Aku tak tahu mana korang boleh dapat buku ni. Sebab, buku yang aku baca pun, kulitnya dah kuning, dan beberapa kertasnya sudah mulai tertanggal. Buku ni pun, aku rembat sebenarnya.

Tapi, baik korang try cari. Mana tahu kalau jumpa. Memang seronok gila ceritanya. Rugi, rugi tak baca.