Sunday, February 13, 2011

Kuala Lumpur, Aku Okay.



Penulis ; Razaisyam Rashid,
Mohd Jayzuan,
Fazleena Hishamuddin,
Aidil Rusli,
Sufian Abas.

Terbitan Dubook Press.

100 muka surat tak termasuk kulit depan belakang isi kandungan dan apa kejadah yang lain.

Buku ini diterbitkan seratus peratus keuntungannya untuk dana filem KL, Aku ok. Ok. Search kat youtube, trailer cerita ni. Kalau awak mahu tengok KL, Aku Ok pecah panggung di pawagam dan lebih pecah dari 2 Alam atau American Pie, beli lah buku ini untuk menyokong. Awak beli, bermaksud awak di antara ramai-ramai yang menyumbang kepada pembikinan filem ini. Pergh. Kalau awak seorang tak beli, bermakna filem ni tak leh jalan. Baik beli.

Tak membazir pun. Memang best.

Terbaek dalam buku ini, Pencerahan ; Sufian Abas,
Di Ranjang ; Fazleena,
Nurain ; Jayzuan.




Untuk pembelian muktamad, sila click. Takpun, cari nama-nama penulis buku ini di FB. Cun?

Friday, September 3, 2010

Orang Perjuangan - Zaharah Nawawi.



Sebuah kumpulan cerpen, tulisan Zaharah Nawawi. Terdapat dua puluh buah cerita pendek yang terkandung dalam kumpulan ini.

Jalan cerita yang cuba disampaikan, membuatkan kita terkenang kembali waktu-waktu kecil kita, atau kita terbayang terus pada jalan penceritaannya yang sampai. Kebanyakkan cerita di dalam buku ini aku tamatkan dengan senyuman yang panjang. Lagi-lagi, sebuah cerita pendek yang bertajuk 'Emak Tak Marah Lagi'.

Sebuah cerita pendek yang begitu menyentuh hati dan bikin pembaca(aku) sebak pada akhirnya, dan menyesal dengan perbuatan sesetengah watak di dalam cerita itu, ada pada 'Terhukum'. Memberi pengajaran yang dalam, dan senang ditafsirkan oleh kita.

'Anak-anak Suria' membawa kita pada perubahan emosi pula, dari seorang insan kepada mahluk yang lain. Penulis pandai menimbulkan kelainan dalam penceritaan apabila beliau menyatakan Suria seolah-olah seorang manusia yang comel dan sangat menarik telatahnya. Dan siapa Suria sebenarya? Baca sendiri.

Boleh didapati di mana-mana gedung Dewan Bahasa Dan Pustaka, mungkin.:)

Thursday, August 5, 2010

Tulang-tulang berserakan - Usman Awang.


Sebuah novel dari Usman Awang, yang baru sahaja aku tamatkan. Seorang polis yang betapa acap kali melihat dan menonton, seorang demi seorang rakan-rakannya, mati di tangan komunis. Dia, yang sering sahaja teringat akan kata-kata seorang lelaki di sebuah majlis rapat umum, dan ucapan berapi dari seorang wanita, berada dalam dilema tentang kehidupannya sendiri.

Aku tak tahu mana korang boleh dapat buku ni. Sebab, buku yang aku baca pun, kulitnya dah kuning, dan beberapa kertasnya sudah mulai tertanggal. Buku ni pun, aku rembat sebenarnya.

Tapi, baik korang try cari. Mana tahu kalau jumpa. Memang seronok gila ceritanya. Rugi, rugi tak baca.

Thursday, March 11, 2010

Dua Wajah,Tahanan Tanpa Bicara-Syed Husin Ali.


Kisah benar tentang SYED HUSIN ALI,seorang timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat yang ditahan hampir 6 tahun di bawah ISA.

Tapayah lah gua terangkan ISA tu apa.Semua orang tahu yang ISA ni jahat.

Syed Husin Ali ditahan kerana terbabit dalam demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petan di Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang,tahun 1974.

Gua 10 kali respek sama doktor ini,sebab beliau menegakkan keadilan setegak-tegaknya.Tak takut didera,dan tak takut dihina.Pergh.

Dalam buku ini juga,diceritakan perjalanan tahanan beliau,dari mula kena tangkap,sampai dibebaskan.Beliau juga berjumpa dengan Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan.

Lepas gua baca buku ni,baru gua tahu ISA tu macamana.Jahat.

Cerita pendek tentang cerita cinta pendek-Djenar Maesa Ayu.

Buku ni gua rembat dengan harga RM20 semasa di ART FOR GRAB tempoh hari.Itu pun,lepas dapat kurang dari Abang Adi.

Buku ni mengandungi 12 cerita pendek,tulisan Djenar Maesa Ayu,penulis dari Indonesia.Tulisan-tulisan beliau,kadangkala mudah difahami,dan sesetengah sukar difahami.Sebab gua memang jarang baca buku Indonesia.Jadi,agak susah sikit na faham jalan cerita.

Memandangkan budak kelas gua,ada yang datang dari Jawa,gua menggunakan peluang itu untuk mentafsir maksud di dalam buku ni.Dan gua faham.

Cerita yang paling berkesan bagi gua,dalam buku ini,ialah cerpen yang bertajuk DISLOKASI CINTA.Gua teruja seteruja-ruja nya.Gempak tak tipu.

Nak tahu banyak,beli cepat.

Thursday, December 10, 2009

Buku-buku beli.

Assalamualaikum w.b.t

Lu orang boleh baca sendiri tajuk nya.Gua malas na terang kan pasal tajuk.Dan penulis buku ini ialah Sufian Abas.Kalau lu orang ta kenal siapa Sufian Abas,memang rugi lah.Dalam buku ni,lu orang akan terbang dengan setiap cerita pendek nya.Gua tak tipu.Gua respek cerita Mariam,Anak Pak Samad,Cantik berkemban.Lu orang kena baca sendiri.Seingat gua,RM10.

Penulis nya ialah Shaira Amira.Ada puisi-puisi pop yang bersahaja di dalam nya.Gua malas na terang kan sebab lu memang kena baca sendiri.Puisi yang gua respek,Terpanggil untuk pergi.Gua rasa juga,RM10.


DUA LAUK ialah buku yang di tulis oleh dua orang perempuan iaitu Taf Teh dan D'Ianadi.Gua beli buku ni sebab Taf Teh antara penulis nya.Memang gempak dia tapayah cakap lah braderrr.Lu usha tengokkkk.RM20.


Penulis dalam buku ni banyak sangat.Gua malas na sebut.Dalam buku ni ada cerpen,ada sajak.Lu malas baca sajak,lu baca cerpen.Lu muak baca cerpen,lu baca sajak.Amacam.?RM15.Tapi gua beli,RM10.:D



Bahasa dalam buku ni memang santai.Lu baca sekali,memang lu akan terus faham sambil tersenyum.Tapi gua geram,buku ni dah hilang.Siot.
Semua buku di atas,lu orang boleh cari brader SufianAbas.Gua beli semua buku ni kat dia.Ahaha.


Imaginasi Imej-Amir Nasuha.

Zine ini adalah zine sulung Amir Nasuha.Di dalam nya ada isi-isi yang santai dan akan cepat difahami oleh kalian.Gua dah baca free-free ini zine.Boleh tahan gempak.Ada ilustrasi yang gempak-comel lagi.Memang sayang kalau lu tak angkut satu.Senaskah,RM5 sahaja.Lu boleh order di sini atau terus ke http://amircerita.blogspot.com/

Gua bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk Imaginasi Imej.AHAHAH.